MY.LIFE

...

singgah.sini

Thursday, November 7, 2013

boleh tak?!

boleh tak kalau lina nak ngumpat supervisor kt cney...
huuuu
nak nanges, muntah sume ade
lina dah masok sem 3 tp thesis lina still lom jalan
nak pengsan dah rasenye ni..
tgl lagi 1 sem utk hadap viva
ni sume kes bijak pandai sv kesayangan yang mgunakan 2 sem lina hanya utk tukar2 tajuk yg dia suke
now tgl 2 sem utk siapkan sumenye.
ye bagus
dah la sample pon banyak macam ape
okey stop melalut
nak sambung taip literature review!
doakan lina..
babai!

Saturday, October 19, 2013

another one..DOWN!

hai uolsss
okey..sumpah penat gile.
seminggu lina bertapa kt kelantan untuk girlfriend lina yang sorg ni

congrats to my dear~~~
PUAN ATIQAH MARDZIAH

yeayyy!

16 October 2013..
tepat jam 2.07petang,,
di MASJID TOK PULAI CHONDONG, KELANTAN
cik puan kita ni selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan beliau, IRWAN RAFIUDDIN yang dah pon dkenali selama 7tahun..
tahniah!

but still,,,lina macam tak nmpk pbezaan beliau,, dgn erti kate laen tak nmpk ciri2 bini org d situ
hahahaha
anyway,,congrats sayang
me love u soooo much! MUAHHH!!!


few minutes before bertukar dari CIK ke PUAN ^^.

seri cik pengantin ^^

penantian *debar-debar* :)

finally, beliau menjadi MRS.EPY! CONGRATS!

Friday, September 13, 2013

habit gedik seorang budak bernama LINA

okey,,tak kesah laa korang nak tau ke tanak tau ke,,terpulang.
sekarang lina tetap nak senaraikan habit2 gedik lina yang memang susah untuk diubah



1) makan pakai SUDU.. erghhh...mesti orang nak kata...ek eleh gedik beno minah ni.. okey, meyh sini lina bagitau.. lina memang tak suke jari-jari lina yang comel ni melekit2 lagi2 nasi.. tapi apa yang pelik, lina selesa makan mee, meehoon (yang goreng laa) menggunakan tangan.. :) *so kepada mereka2 yang buat majlis kawen tu tolonglaa sediakan sudu..pelisss*


2) kuat MERENGEK... yes! lina adalah orang yang kuat merengek, baik boyfriend, family, kawan2 lina atau ex boyfriend lina semuanya tau lina memang kuat merengek lagi2 waktu lina lapar.. haha.. kadang2 memang lina tak perasaan lina tengah merengek sebab kejadian itu terjadi tanpa disangka. hahaha! maaf ye kalian.


3) suka BERTEMAN.. aiseyyyy,,lina memang suka berteman. pergi makan pon nak kena berteman. korang jangan nak terkejut sangat kalau lina cakap lina pergi kelas pon kadang2 mama lina teman, tunggu kat lobby. hahaha! selalunye yang jadi mangsa untuk teman lina ofcos laa kawan2 lina and encik chenta. kihkihkih


4) sangat MEMILIH.. yup, lina sangat memilih. terutama tempat makan. lina nak tempat yang luas, banyak makanan, sedap, sejuk, bersih dan selesa. tak semestinye tempat tu mahal. mamak pon okey, asalkan tak crowded or ade bau2 yang pelik. kalau meja restoran tu macam berlubang2 ke, or nmpk macam usang semacam..lina macam~~ ilang mood nak makan. *ekot suke laa lau korang nak kata gedik pon, nama pon habit gedik* wuuuuu...


5) tak suka SAMA.. okey, lina ada masalah bila barang favourite lina tiba2 sama dengan barang favourite musuh lina.. eishhh,, rasa annoying. okey, lina tau orang akan cakap, eleyh kilang bukan buat untuk kau sorang je. atas sebab itu lina sangat suka tempah baju dari beli yang dah siap :) haha. kalau barang2 macam handphone ke (yang memang tak mungkin boleh custom2 made ni), lina akan bkemungkinan bsemangat untuk tuka handphone lain semata2 tanak sama dengan mereka2 dalam kategori kurang digemari ni. hehe. *ohh tapi lina suka beli baju sama, kasut sama dan macam2 benda sama dengan kawan2 lina,,kihkih*


6) ikut PROTOKOL.. bagi sesetengah orang, benda macam ni tak berapa penting. tapi untuk lina, tetap benda yang penting. hihihi. lina akan ikut setiap kod2 baju untuk setiap majlis (ni kebanyakan orang pun buat kan?). tapi sebenarnye lina akan ikut protokol walaupon kat umah. sebab mama lina dah biasakan kot. macam contoh, nak tidur mesti kena pakai baju tidur, taley pakai t-shirt dengan seluar track je.. lina akan terus basuh kaki bila masuk rumah, lina akan pastikan lina betul2 bersih before naik atas katil n macam2 lagi protokol yang kadang2 kalau orang yang tak biasa akan nampak rimas. hehe.


7) tak suka MESSAGE.. lina tak berapa suka mesej2 ni, sms ke, whatsapp, bbm, wechat, viber, line, ape2 la.. lina lagi suka call terus. sebab lina nak tau respon on the spot. hehe. tapi kalau dah terpaksa tu.. belasah jela.


8) tak suka BERCAKAP... actually, bila lina baru jumpa atau baru kenal someone, lina memang tak banyak cakap dan kemungkinan jugak orang akan gelarkan lina orang yang sombong. tapi, bila lina dah mula selesa dengan orang tu, lina akan bercakap tanpa henti. lina akan bercerita macam2 sampai kadang2 cerita tu akan berulang2. lina akan terus bercerita walaupon orang tu tanak dengar. haha! *sabar jela okey korang!*


9) cepat MARAH.. yes i am. tapi tengok benda jugak lah dan tengok dengan siapa. sebenarnye, lina bukan cepat sangat marah. tapi, if ada orang provoke lina, or buat ta*k, lina akan warning or kasi hint yang lina tak suka benda tu, tapi if dia tak paham gak, so terpaksa la lina menggunakan kuasa dalaman. haha! lucky me, sebab orang2 yang betul rapat dengan lina memang paham pasal benda ni. ehehe. thanks korang!


10) suka MAKEUP.. okey, lina suka beli barang makeup, dah macam mak andam daa semua barang2, dari barang2 kecantikan untuk rambut sampai la kaki, semuanya complete. haha. just makeup tu, lina lagi suka conteng muka orang lain (memang selalunya adik2 yang jadi mangsa termasuk adik lelaki, haha!) dari muka sendiri. dan yang paling menyedihkan, muka lina sangat sensitif dengan makeup, so tak dapat laaa nak cantik2 sangat macam orang lain. huuu~~~


okeylaaa cukup la tu bebel. banyak lagi kot habit2 gedik lina yang lain, sama ada yang lina perasan or tak. kihkih. thank you sangat2 untuk korang2 yang sangat memahami semua kegedikan dalam diri lina ni. mintak maaf untuk siapa2 yang terasa atas kegedikan lina. hehe. kadang2 ada benda diluar kawalan diri lina. so korang terima jela seadanya. hehe.

okeyla, babai!!!

Sunday, August 11, 2013

Kisah Hari Raya! :)

hello! hello! hello!
memandangkan sekarang ni adalah syawal
so first of all mestila lina nak ucap 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


hari ni dah masuk raya yang keempat..
lupa pulak nak update blog masa raya pertama
hehe
tapi takpe..sebab raya kan sebulan...hehe


disebabkan blog ni ditulis semasa hari raya..so subjeknya mestilah berkaitan dengan raya kan?!
hmmm..hmmm.. nothing much to update!
just wanna ask for.....FORGIVENESSS!!


erkkk...lina nak mintak ampun maaf kepada sesiapa yang baca blog ni..
if lina ada buat salah silap tak kira lah masa tu lina sengaja or tak sengaja
maafkan daku yang berdosa ini.. ceewahh


hmmm...sepanjang 4 hari beraya ni.. 
dah banyak jemputan kahwin yang lina dapat
seriously,,lina happy for korang2 semua
insyaAllah lina akan muncul kat majlis2 korang
insyaAllah..


semua orang dah nak pergi next stage..
lina ni blajo pon tak abes2 lagi (tua laaa aku -___-)


okey..ni gamba2 raya yang ketiga.. me in orange... gamba 1st & 2nd raya takde kat lina..
laen kali je upload! hehe.. (gemoknye macik ni!! =.=')
have a veryyyy fantastic raya!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tuesday, July 16, 2013

its about life....

*gambar ni ditaja khas oleh encik google :)

haaa nampak tak muke c kecik kat atas ni,,
macam ni la perasaan lina time ni!!
BORED!!!!
BORING!!
BOREDOM

sekarang ni lina tengah cuti sem
2 bulan uollss..
beranak pinak la lemak-lemak kat badan iollss ni...
aihhhh!

lina dah try cari kerja2 part time..kononnya nak menjana pendapatan laa dalam 2 bulan ni
tapi still..lina dok cari2,,tak jumpa pon yang sejiwa dengan diri ini...ceeewah
kuikui


so lina menjalankan laa rutin hidup lina sebagai seorang student yang tengah cuti..
setiap hari tidur lambat, bangun lambat, mandi, tengok tv, ngadap lappy (maen game je pon, thesis jangan harap laa aku pandang!), dengar mama rap dan lain-lain...


adoii,,doii...sampai bila hidup macam ni?
bosannnn!
tak produktif langsung.
isy.
nak tanak kena gak cari part time
ada tak sape2 nak amek pekerja??
nak kerja senang dan gaji banyak..agak2 dapat tak?
kihkih

p/s: BIS pon dah abes taley nak idupkan sebab miskin sangat tak keje! uishhh.. kronik! -____-



Thursday, July 11, 2013

permudahkanlaaa...

hokeyy..
nak taip apa pon taktau la
tapi apa yang lina nak cakap,,
now tengah memerah otak untuk masa depan,,
selain dari memerah otak untuk research
hehehe

hopefully semuanya akan menjadi
insyaALLAH...


sila laa doakan lina okey.
huhhh!
untuk masa depan yang lebih cerah
so lina dah kena mula bergerak dengan agresif
tak boleh buang masa dah
ahhhaaiiii


umur pon dah makin banyak ni
banyak benda perlu fikir
hmmm..
indahnya hidup kalau umur sekarang masih 18
eh?
hahahaha


anyway,,,please...please...please..
doakan lina yang terbaik
insyaALLAH, soon.... semua yang lina angankan akan menjadi
amin..amin..
semoga segala urusan dipermudahkan,,
AMINNNN... 
:)

Thursday, June 20, 2013

T_____________________T

feeling down....


kbye!

Thursday, June 13, 2013

misi menjelajah ^^ (warning: super duper triple long entry with lots of picturesssss!!)

on 25th May 2013,,,lina and family fly pegi CAMBODIA
holiday + papa lina memang keje kat sana pon,,so kirenye melawat dia laa
kuikuikui..

kitorang menetap kat sana lebih kurang 13 hari,,(sempena cuti sekolah,,huhu)
kitorang duduk kat HOLIDAY VILLA, PHNOM PENH,,bilik 606,, (as usual..memandangkan kapt. charles, manager holiday villa tu kawan papa..so bilik ni memag da jadi macam rumah kitorang setiapkali pegi sini..kihkihkih),,ohhh btw,,makanan kat holiday villa ni HALAL okey!
seminggu kitorang abeskan masa untuk shopping and jalan2 kat area phnom penh
then 4 ari kitorang duduk kat ANGKOR HOTEL, SIAM REAP...
kat siam reap kitorang jalan-jalan kat angkor wat, culture village, and macam2 laa
so malas nak cerita panjang-panjang
tengok gambar jela okey!
enjoy!!! :)

perjalanan ke siam reap dari phnom penh.. ambil masa 6jam okeyy! kematu bontot! mekasey mr.cheng, papa's loyal driver ^^

okey..yang ni ala-ala RnR laa.. perhentian untuk makan-makan gitu! (siyesly banyak anjing berkeliaran macam kucing je kat dalam ni *nanges*)
sampai je kat siam reap, cheng bawak kitorang tengok tempat ni dulu. ni adalah temple ala-ala angkor wat yang dah berusia  bertahun-tahun..

okeyyy,,pastu kitorang check-in and siap-siap sebab nak pegi makan... *lapar-lapar*
okeyy,,,before lina lanjutkan lagi.. gambar dekat Phnom Penh lina tak amek banyak sangat,, kebanyakkan gambar semuanya masa kitorang kat Siam Reap.
papa tak ikut pon kitorang pegi Siam Reap,, agak susahlah nak shopping memandangkan pelabur tak ikut sekali. huhuhu.. (papa ada meeting pulak kat Phnom Penh..hmm)
kalau korang-korang pergi Phnom Penh.. silalah makan di D'Nyonya Cafe..
kedai kawan papa, rakyat MALAYSIA and MELAYU of course..
ownernya bernama AZRIN tak salah, tapi nama manja beliau ATOK..
most of makanan dia sangat-sangat sedap hokeyyy,,, yang penting HALAL ^^

kalau korang pergi Siam Reap,,,korang boleh pergi makan di D'WAU RESTAURANT..

tapi lina prefer korang pergi dekat perkampungan CHAM and pilih je mana-mana restoran kat situ dijamin HALAL,,sebab perkampungan CHAM tu perkampungan ISLAM..(so tak ada laaa gangguan anjing-anjing yang berkeliaran semasa anda makan ala-ala kucing tu!)

malam-malam dekat Siam Reap ni ada night market,, ada banyak night market..siyesly banyak benda untuk dbeli. tp silalah rajin untuk tawar menawar okey! ^^
masa mama and adik2 busy shopping,,inilaa yang lina buat. lina sangat-sangat minat trandisional dance.. di night market tu, diorang ade buat persembahan.. sangat2 sesuai laa untuk tourist ^^

esoknya, pagi-pagi lagi before breakfast kitorang menuju ke ANGKOR WAT,,korang ade pilihan untuk beli tiket sehari, 3 hari or seminggu.. sebab dalam kawasan tu sebenarnya memang banyak tempat untuk korang lawat.. nampak tak dalam peta yang pakcik tu sebok tunjuk2 tu??? luaskan kawasan dia..?? kitorang habiskan masa sehari suntuk dalam tu sampai hitam legam kulit kitorang yang kurang putih ni~~

 nampak tak ada 2 keadaan jalan tu?? okey belah tak rata tu adalah jalan asal ke angkor wat,, dibina menggunakan tenaga gajah dan manusia 100%. yang belah rata tu dibuat masa zaman dah maju sikit, so dah tak menggunakan tenaga gajah dan manusia 100% dah. :)

serious tak muka kami?? hahaha
pintu masuk ke ANGKOR WAT ni ada 3, yang belah kiri dan kanan adalah pintu masuk untuk gajah and orang-orang biasa, yang tengah-tengah pulak adalah pintu masuk diRAJA :)

bangunan ini adalah library 90tahun dulu (kalau tak sala lina,,ke 30tahun dulu..hmm lupalaa), digunakan oleh tok sami - tok sami di temple ni tapi sekarang dah tak dgunakan dah :)
curam gile kan tangga dia?? haa..tangga ni memang sengaja dibina curam and kecik2 supaya bila orang nak naik, mereka terpaksa jalan or naik secara mengiring and sedikit tunduk.. (automatik macam menghormati patung budha diorang laa dengan tunduk hormat dan tak terus berjalan menghadap depan dengan bongkak..itu katanye..) ^^

dah macam orang sana dah adik lina ni..hahahahaha
angkor thom
angkor thom tu merupakan pintu gerbang :)
gambar kat atas tu jugak dikenali sebagai victory gate..
gate ni akan digunakan oleh raja suryavarman II selepas menang perang..
kalau kalah dorang akan masuk ikut gate lain.. ^^
ohhh btw,,angkor tu bermaksud city...thom tu maksudnya gate (terasa macam mengajar sejarah pulak,,kuikuikui)

jalan ni laa yang digunakan oleh raja yang buat angkor wat tu untuk berjalan ke mana-mana..sebenarnye zaman dulu-dulu...dekat kawasan ni adalah perkampungan yang menempatkan lebih kurang 100,000 penduduk. :)
nampak tak ukiran atas ni? menceritakan sport mereka zaman dulu.. kalau sekarang orang main laga ayam a.k.a sabung ayam..dulu2 dorang pakai singa. bagus kan?
gambar-gambar kat atas ni adalah di temple-temple selain dari angkor wat and of course terlampau banyak sejarah... cheng yang sangat bagus bukan je seorang driver yang cekap tp also seorang tour guide yang bagus. semua sejarah dia tahu...wow!!! papa! nanti balik malaysia,,suruh cheng sambung kerja kat malaysia sekali ye. kuikuikui







okey now kita jungle trekking sikit!! kita akan pergi melawat ke jungle temple.. temple ni dipegang oleh pokok2 besar.. temple ini juga pernah jadi tempat pengambaran ANGELINA JOLIE untuk filem TOM RIDER.. :)
lelaki berbaju biru tu laa mr.cheng yang penyabar..kihkihkih ^^

eh eh yuna laa..hahahahaha! nice pose mama!
dorang ni sangat2 pandai melukis! speechless!!!! >.<


now...kita pergi culture village pulak :)


TONLE SAP LAKE
perkampungan tonle sap

old bridge..also dbina oleh raja yang sama yang bina angkor wat. tp just kenderaan yang ringan macam motor, tuk-tuk and basikal je yang dibenarkan lalu. kereta semua dah tak boleh sebab nak jaga tinggalan sejarah ni..


ni bukan pet ye.. ni adalah makan dorang.. nak tengok tak??/
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dari makan benda alah ni baiklaa kitorang makan kat ORIGAMI, phnom penh..hewhewhew

yum..yum!!!

ohhh tu adalah client papa dari jepun.. so kitorang makan pon nak kene sipu2.. hahaha
okey...habislaa bebel.. memandangkan hari selebihnya tu kitorang still penuhkan schedule dgn shopping..
so tak penting ntuk dmasukkan dalam ni..
7th June 2013,,kitorang pon fly balik rumah... :)

till we meet again CAMBODIA ^^

me n always me~

me n always me~
me luv da camera!!!