MY.LIFE

...

singgah.sini

Thursday, January 4, 2018

KAD JEMPUTAN (BRIDE TO BE)

Kad jemputan ni benda yang paling lina sebok design dari awal lagi

Lina dah plan awal-awal kad lina mesti simple tapi lain dr yang lain. Lepas 2 bulan lina buat research finally lina decide untuk buat kad ala-ala kad kredit camtu

tapi, yela. bukan semua yang kita nak, kita dpt kan? parents lina especially papa lina memang menentang kuat laa. yela kalau buat macam kad kredit tu, macam mana nak letak map (walaupon map dalam kad kawen bukan boleh pakai pon! haha)

so, fikir punya fikir...last-last lina dapat idea untuk buat macam ala-ala orang terima kad kredit melalui pos tu. tapi tetap ditentang hebat, haha
papa lina nak gunakan kertas yang tebal a.k.a kertas utk kad tu la. 
So, terpaksala lina buat 2 kad, 1 menggunakan A4 paper biasa untuk bagi effect theme yang lina nak tu, dan 1 lagi menggunakan gold card paper (susah gila nak cari, dah la mahal nak mamp!)

Alhamdulillah lepas je kad tu siap, dan diagihkan, ramai yang kata kad (gold paper with credit card tu style gila!) haha, TQ!

Plus, our DIY sampul surat hitam tu memang penambah seri. haha (sampul hitam ni mmg papa tentang habis-habisan la. Tp lina tak pedulik!)

Lina dengan Encik Chenta mmg sepakat, tema wedding kitorang haruslah simple dan moden. Modern tu penting okey!

Asalnya nak bagi kad macam ni je kat orang. tapi...tak kesampaian
bahagian depan

gambar bahagian belakang dan sampul surat akan diupload kemudian

DEWAN NIKAH (BRIDE TO BE)

Parents lina paling risau paling majlis akad nikah.
Yela..Lina ni asyik dok excited merancang majlis je, pasal akad nikah langsung tak amek tau. haha
kang tak pasal je tok kadi full

mula-mula lina decide nak nikah dekat masjid negara kt KL tu. dah call semua tp lina rasa leceh gila sbb nak kena buat HIV test, setelkan borang nikah semua dulu baru boleh book nikah kat sana.
lagipon, masjid tu tak ada dewan nikah ye anak-anak, kira orang nikah dlm masjid je lepas nikah terus balik, hantaran pon tak boleh bawak. dan tak boleh pakai baju berhias sangat.

Disebabkan lina terlalu malas nak uruskan urusan borang nikah yang leceh, so lina decide nak nikah dekat masjid kt rumah lina je

MASJID AL-KHAIRIYAH, gombak
orang-orang gombak tau la masjid ni. ehe
Alhamdulillah, masjid ni ada dewan nikah cantik siap dgn aircond lagi
tak payah susah-susah nak deco bagai dah
datang bawak diri je

Sewa dewan ni memang murah gila. RM350 untuk majlis 2jam. Cukupla kan 2jam majlis. akad nikah je pon.
Dewan ni mmg dah ada panel catering sendiri. so boleh pilih je mana-man catering yang kita rasa kena dengan jiwa kita
lina pilih SERUMPUN CATERER tak silap lina

memandangkan lina buat nikah tu malam, lepas isya' so menu pon simple je la
lina ambil menu nasi lemak telur mata je + air panas + air kordial



p/s: untuk gambar hari nikah, sila tgk entry seterusnya

DEWAN (BRIDE TO BE)

(Entry ini ditaip pada 26 February 2017, dan hanya akan di publish selepas majlis kahwin settle!)


Benda pertama yang lina sebok fikir lepas majlis merisik tu adalah dewan. Sebenarnya dah start cari dewan before merisik lagi. ahhaha
Dewan tu paling penting kot, nak mengharapkan buat kenduri kat rumah ni memang taklaa.
Tak kuasa nak kemas balik rumah lepas kenduri kot.
Nama pon raja sehari, apa kelas kemas rumah lepas majlis. haha

Lama juga la nak cari dewan yang sesuai. Of course lah syarat utama, dewan mestilah cantik, ada aircond dan syarat penting, MURAH!
Bukan sebab kedekut ke apa, maklumlah rasa membazir je kalau sewa dewan mahal-mahal pon, bukan boleh simpan sampai anak cucu pon kan.

Mula-mula, Encik Chenta kata nak cari dewan yang all-in, means dewan sekali catering, pelamin, photographer, baju, makeup semua (JIMAT!)
So, memang pilihan utama

1)DEWAN CAMPBELL (KL)

- Dewan ni ala-ala ballroom gittew. CANTIK!
-All-in, plus, ada tarian pembuka majlis lagi okey. Baru la rasa macam King & Queen kan. ehe
- Harga dia pon murah, 26k ++ je. (ALL IN okey, tinggal datang sengih je)
- Masa lina tengok dewan ni, hotel campbell baru siap, tp campbell belum buat renovation kat bawah tu lagi. So, dari luar nampak hodoh sikit la (tahun 2015).
- Ohh, package dia sekali dengan free bilik di hotel campbell tu untuk satu malam okey
Malangnya, hanya 300pax je boleh sekali masuk, since lina nak buat malam, dan jemputan dalam 1k, so takot nanti sesak pulak.

So, kitaorang cari yang lain pula. NEXT,

2)DEWAN KOMUNITI BUKIT DAMANSARA (DAMANSARA)

- Dewan ni serious luas, besar, selesa dan CANTIK, serious cantik!
- Full carpeted, bukan macam dewan komuniti lain-lain
- Dewan ni sebenarnya salah satu dewan DBKL
- Harga? Asalnya, dewan dbkl ni sewa hanya 3k je untuk 4jam tak silap, tapi since dewan ni dah di swastakan, harga dah jadi lain
- If ambil package (dewan + catering) = RM33k++
-Sewa dewan kosong =RM11k
Muntah darah aku!
Memandangkan harga sewa dewan memang tak jimat langsung so.....NEXT!

3)ALI HALL (WANGSA MAJU)

Ali hall ni ada juga ciri-ciri yang lina nak, cantik, murah dan all-in (dewan, baju, catering, cake, pelamin, makeup)
-Lina tak ingat harga berapa tapi lebih kurang dengan harga dewan campbell tak silap lina
Malangnya, dewan ni juga muat untuk 300pax je sekali masuk. T.T, NEXT!

4)DEWAN PERDANA SURIA

Dewan ni adalah dewan yang paling cantik kalau nak compare dengan dewan lain.
Memang jadi idaman lah,,,tapi harganya 11k untuk sewa dewan sahaja. gulp!
NEXT!

5)TM CONVENTION CENTRE(KL)

Dah nama pon convention centre kan mestilah boleh tahan harganya.
Dewan ni memang cantik plus unik. Lighting dan design dewan tu sendiri memang dah cantik
Dewan ni asalnya murah je sewanya, tapi sekarang dah di 'take over' oleh D'saji Felda so kena amek package la
-RM35k ++ (minimum package)
Still over budget, since kitorang kalau boleh nak buat wedding bawah 30k je. miahaha
okey, NEXT!

6)DEWAN SRI ISKANDAR

Dewan ni pon cantik, luas, moden, dan selesa.
-Siang = RM25k (dewan +catering)
-Malam = RM37k (dewan + catering)
Deco, pelamin dan lain-lain tak disediakan okey.
MAHAL, MAHAL, MAHAL!!! T__________T
NEXT!

Cari punya cari..almost setahun jugaklah dok tercari-cari dewan, last-last terjumpa dewan yang cantik!!

DEWAN PERDANA KERAMAT 

CANTIK! ADA AIRCOND DAN MURAH! yeayyyy!
RM4.5k++ je sewa dewan
- 2 tingkat
- Boleh muat sehingga 800 pax sekali masuk
- 500 kerusi (50meja) diberi percuma, tambahan kerusi dan meja = RM60 (per table)

Walaupon rancang nak kahwin akhir tahun 2017, Bulan 5, 2016 lagi dah book dewan. haha
Awal gila kan? tapelaaa, sediakan payung sebelum hujan kata orang.

p/s: nak tengok final result wedding lina sila ke entry seterusnya! xoxo

me n always me~

me n always me~
me luv da camera!!!