last week lina pegi short vacay di LANGKAWI
actually, tak plan pon
tapi si ENCIK CHENTA ni tetiba nak pegi laut katanya
memula tu memang lina agak stress gak la bila adik lina dgn ENCIK CHENTA tu ajak g langkawi
lina macam.... WHAT?? nak pegi beli pinggan mangkuk ke ape?
(typical lina.. ehe!)
tapi dorang yakinkan jugak ada 1 pulau kt langkawi ada tempat untuk snorkeling and diving
i said ''lawa tak tempat tu?? better be!"
ehehe. tapi dalam mengomel-ngomel pon lina ekot gakla budak berdua ni pegi sana
backpackers katanya,,cabaran untuk lina~~ tapi macam biasa.. lina tadela backpackers sangat,,lina still bawak baju 1 almari, hair dryer, iron dan macam-macam lagi. hahaha
masa pergi kitorang naik bas.. (okey, 1st time naik bas pergi langkawi, lina buat-buat happy walaupon tak suke, sbb tamo kaco mood. huuu)
sani express tak salah
RM58++ per head
kitorang bertolak pukul 11malam dan sampai dekat perhentian kuala perlis dalm pukul 6 pagi
sampai-sampai je nak solat subuh, kitorang tengok la surau..lina agak lega sebab surau kat perhentian bas tu agak selesa
tapi...nak kena amek wuduk dalam toilet sebab surau tu tak ada tempat amek wuduk
and guess what??? toilet dia unisex okey! sbb toilet lelaki rosak, korang boleh bayangkan betapa busuknya toilet tu???? arghhhh
then kitorang naik kereta angkut tu pergi ke jeti. bayaran, RM10
sampai jeti, kat situ banyak gile ulat tiket, aihhh.. tapi kitorang dapat beli tiket feri dari kaunter (since bukan musim cuti so tak adalah kena beratur panjang)
tiket feri RM18 per head
feri kitorang bertolak pukul 8.15pagi
so sementara tunggu tu,,breakfast la dulu.. hohoho
 |
| sampai jeti langkawi kitorang disambut dengan dua ekor gedik ni yang dok ekot apa kita cakap, pastu joget2 supaya orang bagi dia makan, haha comel gila! |
sampai kat langkawi.. kitorang terus amek kete sewa. actually ada konflik sikit masa nak amek kete sewa clash dengan jadual snorkeling (sepatutnya kitorang kena terus g pulau untuk snorkeling pukul 9.45)
jangan tanya sape yang plan benda kelam kabut macam ni lau bukan 2 orang si tapai tu! huh
berubah dari plan asal, kitorang amek kereta sewa dan pergi jalan-jalan dulu (sesat), lunch dan check-in chalet yang kitorang dah memang book dari rumah
ALHAMDULILLAH, finally ada benda yang betul-betul happykan lina, chalet kitorang sangat selesa, murah, cantik dan BERSIH!!
TSTAR COTTAGE
(ade ekon tu penting! haha)
tapi.. dorang tak ada perkhidmatan room service okey, self service je!
 |
| lawa gila kan, 1 umah ada 4 separate room, 2 bilik bawah kipas, 2 bilik atas aircond |
lina dengan 2 orang si tapai tu sewa 2 bilik atas
setiap bilik tu macam studio house, no worries tak bersambung pon
so tak ada istilah maksiat ke apa okey!
 |
| pintu nak masok bilik |
 |
| kat sini korang boleh berkawan dengan monyet! haha |
 |
| dari balkoni bilik lina, boleh la nampak balkoni si tapai sebelah ni, nampak tak bilik dia memang asing-asing! |
 |
| toilet dia memang seriously style habis, puas hati okey! haha |
okey, dah setel check-in semua kitorang terus siap-siap nak pergi mangrove before tu kitorang sempat pergi under water world. ehe (RM33 per head)
sebab dah kesuntukan masa, kitorang sempat cover bat cave, crocodile cave, tasik helang, tempat ternak ikan dan beberapa tempat je. dayang bunting semua tak sempat. huuuu
 |
| mangrove.. RM200++ per boat, max 8person (kalau tak salah) |
 |
| bat cave. RM0.50 per entry. tapi masa ni kitorang dapat masok free je. ehe |
 |
| masa ni nak pergi ke tasik tempat dorang bagi makan helang, tapi gamba dalam kamera lain, malas nak upload, haha |
 |
| kat sini korang boleh main usap-usap ikan pari & bagi makan. kat sini ada restoran, so korang boleh makan seafood fresh kat sini |
lepas mangrove kitorang balik bilik salin baju and cari makan
memula kitorang makan burger sedap depan petronas dengan air susu thailand RM3.50 je tapi banyak gile!
(sorry, gambar tak ada,again.. ehe)
lepas tu kita cari seafood, kihkih
kitorang pergi makan seafood dekat restoran haji ramli
SEDAP dan MURAH
kitorang makan, sotong 200g + ikan jenahak 600g + telur dadar + kailan ikan masin + tomyam + satay + air buah + macam-macam lagi baru RM100. haha. gembira btol!
esoknya, pagi-pagi lagi kitorang dah bergerak pergi ke jeti
semangat nak pergi pulau
feri bertolak pukul 9.20
perjalanan nak pergi pulau payar tu amek masa dalam sejam macam tu
sampai sana, kena tunggu bot untuk ke pulau payar tempat snorkeling & diving tu
snorkeling package is RM140++ per head, sekali dgn alat-alat snorkeling dan makan tengahari, korang boleh snorkeling selama 5jam tanpa henti okey
kitorang pulak tak bawak baju persalinan langsung masa pergi sana, sebab ingatkan nak naik bot pergi pulau ke pulau, rupanya tak, tempat tu ala-ala pantai tapi agak dalam jugak bila air pasang...& coral dia sangat cantik, ikan pon banyak
(lemas dengan ikan kottt!)
-nasihat lina tak payah bawak pon baju persalinan tu sebab toilet dia busuk dan tak ada air pon, haha!-
 |
| briefing before kitorang dilepaskan.huhu |
 |
| masa gamba-gamba ni di amek,,air tengah surut lagi. so boleh la lagi nak jejalan dalam tu, tengahari lepas air naek.. area tempat kitorang berdiri tu dah dalam 10 meter macam tu |
 |
| banyak gile shark kan.. actually tak banyak gambar kitorang amek, kitorang banyak amek video, sumpah cantik coral dia |
actually kat sini ada jugak baby shark, tapi laju betul dia berenang, usahkan gambar...video pon tak sempat
hahahaha
 |
| muke pelik tak sempat senyum |
 |
| masa naik feri nak balik tu, kitorang dapat duduk kt atas feri bahagian luar, sbb kitorang tak bawak baju spare, basah, so tak mampu nak duduk dalam feri yang ade aircond tu. huuu |
sampai jeti, kitorang terus pergi ke airport untuk amek tiket flight (tak lalu nak naik bas nak balik, haha)
lepas tu, kitorang singgah makan (early dinner orang kata) kitorang try roti canai burger. pelik kan? haha
 |
| RM10 satu roti canai burger. |
 |
| si tapai 2 orang tu makan roti canai burger, so lina order la benda alah ni pulak, ROTI CANAI USA (RM7), dalam dia ada seafood, hotdog dan roti canai ni dibalut dengan telur |
malam, kitorang pergi jalan-jalan dekat pasar area pantai cenang tu. ala-ala macam uptown la. naik biru tapak kaki jalan kat situ sebab pasar tu panjang gile. huu. oohh lupa pulak, chalet kitorang tu dekat je dengan pantai cenang (cenang ke chenang? ntahlaa)
esok pagi, si tapai 2 orang tu bangun lambat! urghhhhh! marahnye!!
tapi takpelaa memang kejadian dorang menyakitkan hati gitu nak buat macam mana kan? huu
kitorang breakfast dekat salah satu kedai mamak kecik area chenang tu, terbaik roti canai dengan kari dia.. sumpah sedap!
habis makan, kitorang nak g check-out dan terus ke airport nak check-in luggae dulu..sekali tak boleh~~
*nangis*
so kitorang proceed ke cable car
RM20 per head.. si tapai 2 orang tu amek sekali dengan F1 stimulator so RM30 per head
 |
| gile selfie! haha |
 |
| suka la dorang dapat maen game! huh! lina jugak penat pegang barang dorang sambil amek gambar dorang. huh |
lepas tu...aktiviti terakhir mestilah shopping. haha
kemaen lagi mama lina kirim nak beli mangkuk bapak besa.. naseb baik dalam flight ada seat kosong.. so kitorang conquer 6 seat sekaligus. hahahaha
sampai je kat airport kitorang terus merana.. sebab KL jerebu. haha
thank you tapai-tapai berdua... atleast korang tolong lina lupakan thesis untuk sementara waktu
love you both!
october 2015