Parents lina paling risau paling majlis akad nikah.
Yela..Lina ni asyik dok excited merancang majlis je, pasal akad nikah langsung tak amek tau. haha
kang tak pasal je tok kadi full
mula-mula lina decide nak nikah dekat masjid negara kt KL tu. dah call semua tp lina rasa leceh gila sbb nak kena buat HIV test, setelkan borang nikah semua dulu baru boleh book nikah kat sana.
lagipon, masjid tu tak ada dewan nikah ye anak-anak, kira orang nikah dlm masjid je lepas nikah terus balik, hantaran pon tak boleh bawak. dan tak boleh pakai baju berhias sangat.
Disebabkan lina terlalu malas nak uruskan urusan borang nikah yang leceh, so lina decide nak nikah dekat masjid kt rumah lina je
MASJID AL-KHAIRIYAH, gombak
orang-orang gombak tau la masjid ni. ehe
Alhamdulillah, masjid ni ada dewan nikah cantik siap dgn aircond lagi
tak payah susah-susah nak deco bagai dah
datang bawak diri je
Sewa dewan ni memang murah gila. RM350 untuk majlis 2jam. Cukupla kan 2jam majlis. akad nikah je pon.
Dewan ni mmg dah ada panel catering sendiri. so boleh pilih je mana-man catering yang kita rasa kena dengan jiwa kita
lina pilih SERUMPUN CATERER tak silap lina
memandangkan lina buat nikah tu malam, lepas isya' so menu pon simple je la
lina ambil menu nasi lemak telur mata je + air panas + air kordial
p/s: untuk gambar hari nikah, sila tgk entry seterusnya
No comments:
Post a Comment