MY.LIFE

...

singgah.sini

Friday, June 19, 2015

kenapa perlu makeup?

lina tak tahu la apa sebab orang lain nak makeup 
tapi untuk lina, kalau pergi event apa-apa memang kena makeup supaya tak adalah nampak sememeh sangat kan

kalau hari-hari biasa bagi lina, kalau boleh lina tanak pakai bedak pon
sepanjang perjalanan hidup lina ni
if lina tak pakai makeup, cara layanan orang sekeliling (yang tak dikenali la) lain 
dorang layan lina macam lina ni budak sekolah
and of course banyak budak sekolah yang belum akil baligh sebaya adik bongsu lina tu terhegeh-hegeh nak mengorat! see!! i hate that
i hate when i look like a school girl!

gambar ni tak ada kena mengena pon dengan entry. tapi nak letak gak. hahahaha


so bila lina makeup sikit (sikit jela, tak adalah makeup sampai nampak macam alien tu)
people around me akan more respect lina macam an adult. you see!
so itulaa alasan lina

bagi lina makeup or tak sebenarnya tak ada masalah pon
yang penting apa yang kita rasa
confident? comfort? happy?

so, pilih la jalan hidup yang sesuai untuk korang
yang boleh buat korang happy

selamat berpuasa :)


Thursday, June 11, 2015

zombie wujud?

sejak akhir-akhir ni lina mengalami masalah stress yang melampau
disebabkan thesis laaa of course kann

so lina decide untuk main makeup again
ehehe
(this is how i spend my time)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

meet lina dalam versi zombie. hehe
nenek kebayan hahaha





okeyyyy..good night peeps!

Sunday, June 7, 2015

mangsa dera??


hello
lama gila lina tak main makeup-makeup
so hari ni lina decide nak buat special effect makeup
yang paling basic je

makeup ni bertemakan mangsa dera 
hahaha
and of course laa mangsa untuk di dera ni adalah adik lina


okey malas nak cerita panjang-panjang
just enjoy all the pictures okeyyyy

my sister bare face.. before the makeup project :)
half way of the makeup project
done! -no filter- :))






with filter :):)

okey that's all
till we meet again
its 2.50a.m and im going to sleep now. so good night peeps!

Wednesday, June 3, 2015

rest in peace sayang

pagi tadi
dalam pukul 11 pagi
mama lina hantar aboi pergi veterinary hospital
aboi dah dekat seminggu tak ada selera makan
tanak main
selalunya setiap hari dia yang paling bising

siapa aboi?? our little orange persian kitten (almost 1 year dah..tapi badan dia kecik je)
dia sangat-sangat aktif dan lasak
bising pulak tu
tapi sejak beberapa hari ni, dia macam tak aktif
lina memang sangat-sangat risau
puas pujuk mama pergi hospital, finally pagi tadi mama hantar

aboi warded. jangkitan pada hati
doktor kata jangkitan tu dah melarat
dah lama.
doktor sambung macam-macam wayar kat badan aboi
aboi dah tak bising macam biasa
lina teringat, last aboi panggil lina petang semalam.
lina memang berharap sangat aboi boleh baik macam biasa

tepat pukul 5.30 (3rd june 2015), lina dalam perjalanan nak pergi tengok aboi.
dalam perjalanan, doktor call
aboi dah tak ada
doktor tak dapat nak selamatkan aboi lagi dah
lina tak tahu nak sedih atau pon tak
sebab lina tau, aboi kan penghuni syurga
tapi kan...rindu tu tetap ada

lina sampai kat hospital, instead of lina dapat tengok aboi sihat macam biasa..lina just terima jasad aboi je
aboi...boleh join lolla, lolly n lain-lain kat sana
tunggu kitorang okey..

untuk miki pulak, yang dah kena culik dengan siapa entah.. jaga diri elok-elok
sumpah lina sayang korang sampai syurga
-easily attached-


Tuesday, June 2, 2015

tarian asli atau tarian moden??

antara tarian asli dengan tarian moden..
lina lebih memilih tarian asli
ehehe
lina kan patriotik sikit, lina lebih pilih budaya sendiri. hihi

tadi lina tengok karoot komedia tu, dorang dok bercerita pasal tarian
so lina teringat zaman-zaman kegemilangan dulu.kihkih

lina memang minat menari dari kecik
dari tadika, masuk sekolah rendah..
macam-macam tarian jugaklah yang lina dah involve
sekolah menengah memang lina kelab kebudayaan tapi sekolah lina tak aktif tarian sangat
then masuk matriks lina aktif kebudayaan sekali lagi
tapi masa matriks lina main pantomim

pantomim ni, teater tanpa suara la
first time lina buat teater dan lina sangat-sangat enjoy
lina ni kalau benda-benda kebudayaan ni lina memang semangat sikit
lina sanggup practice sampai 2-3pagi, no hal punya. hehe

masa zaman degree
lina terlibat dengan zapin
yang ni paling best
sebab lina buat show dekat oversea
takda la jauh sangat..dekat indonesia je
tapi untuk lina,,lina memang rasa super enjoy la
pastu masa zaman degree jugak lina ada buat tarian zombie (tarian micheal jackson tu)
tapi yang ni kategori tarian moden laa
hihi

zaman master ni. hmmm
tak sempat nak fikir pasal tarian pon
busy gile kot
tapi kalau ikut hati. habis je buat master ni lina nak aktif balik
kite tengok je nanti macam mana. ehehe


nah throwback zaman-zaman degree (masa tengah kurus dan itam. hahahah)





Sunday, May 17, 2015

KAHWIN? No! Yes! No! Ohmy..

NERVOUS!!
TAKUT!!
STRESS!!

semua ada..bila sekarang bukan setakat saudara mara je yang bising pasal kahwin
parents lina sendiri pon dah sebok2 dok tanya bila nak kahwinn

kahwin? memangla nak
nak pakai cantik2, feeling2 princess
amek gamba ala2 artis.. tapi di sebalik angan-angan yang best tu,,still terselit 1 feeling yang tak best
lina sangat2 takut dengan perkataan kahwin tu sendiri

taktau la kenapa, tp since zaman sekolah lagi, bila org cerita pasal kahwin2 ni, lina mula nervous
tangan jadi berpeluh2, nafas jadi tersangkut-sangkut
yes! i fear to get married

(korang boleh tekan link kat atas ni if nak tau lebih lanjut tentang fobia yang lina alami ni)

menyedihkan kan?
kebanyakan orang taktau, even Encik Chenta sendiri tak aware dengan fobia yang ada kat lina ni
fuhhhh

ni bukan main-main, tengah taip pasal kahwin ni pon, jantung lina laju je macam nak tercabut
arghhh!!!

lina taktau apa nak buat melainkan buat-buat taktau je
lina kenal encik Chenta dah 10tahun and family encik Chenta dah mula nak serious,
and lina pulak dpt tawaran phd dkt UK which makes me think....perlu ke lina lari ke sana untuk melambatkan lagi kitorang kawen?


ramai yang taktau, i used that opportunity untuk lari dr 'lifetime commitment ' itu, lina bagitau papa dengan harapan papa n mama akan excited sbb lina nak sambung study lagi.. tapiiiiiii
papa tak bagi, dia kata dah sampai masa untuk lina belajar hidup sebenar.
boleh sambung tapi bukan sekarang! what?!!!

kalau kena kerja dulu takpela, tapi bile dah kerja mesti la kena kahwin..arghhh

semoga lina diberi kekuatan untuk fight this fear.amin.


Wednesday, January 14, 2015


semoga dipermudahkan. amin...

me n always me~

me n always me~
me luv da camera!!!