MY.LIFE

...

singgah.sini

Monday, August 3, 2015

raya bersama kesayangan

bila friendship dibina atas dasar keikhlasan dan kasih sayang (ceewah!)
friendship tu akan kekal forever..ever..and ever...

raya tahun ni..
agak mendatar sikit sebab busy kan
lagipon ramai kawan-kawan yang dah ada family sendiri..so banyak la aktiviti masing-masing
tapi thanks to our dear friends yang gigih buat open house
and secara tak langsung...mini reunion pon terjadi (ehehe)







walaupon tak ramai dah kalau nak di-comparekan masa zaman dulu-dulu
at least ada la jugak
dorang-dorang ni ada yang lina kenal dari lina sekolah rendah lagi..nak ekotkan dah berkawan lebih 10 tahun
tapi lina kira lumpsum jelaa..disebabkan semuanya lina kenal masa sekolah..so kira dari form 5 until now..cecah 10 tahun friendship kita yeayyy!!!
semoga friendship kita bertambah lagi 10 tahun dan 10 tahun dan 10 tahun lagi
i love them all

precious
i love you both!! :))

Wednesday, July 29, 2015

kejadian di escalator

sejak akhir-akhir ni banyak sangat lina dengar 
pasal accident dekat escalator ni


opah lina pon terkena
aishhh
bahaya jugak escalator ni


opah lina terkena di TBS
masa tu dia nak turun ke kawasan bas
biasalah orang tua..mata tak jelas
so tak pasal-pasal dia tersungkur dekat end of escalator
patah jugak la pergelangan tangan


atok lina pulak luka macam kena toreh di lengan
pon disebabkan escalator
(masa tu atok cuba nak tolong opah lina)
kesian kan


tapi Alhamdulillah la ada orang-orang sekeliling yang prihatin
ada beberapa 'lelaki kacak, macho dan bergaya' tolong opah lina yang tersungkur tu
opah lina ni...boleh tahan berat jugak laa. ehehe


lina mintak sangat semua berhati-hati walau di mana-mana pon
kalau ada orang-orang tua yang nak naik escalator tu, korang tolong-tolong la
kadang-kadang dorang nampak sihat, tapi mata dorang tu kabur je (rabun)


doakan atok dengan nenek lina cepat sembuh k
kesian tengok dorang, dah tua-tua sakit macam tu lagi
hmmm

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
maaf zahir dan batin
maaf jika ada apa-apa kesalahan sama ada dalam keadaan sengaja atau tidak

lina also maafkan segala kesalahan orang-orang yang baca entri ni
hohoho..


yang paling busy sepanjang raya pertama. haha

raya ke-2 outfit... ^^

Friday, July 17, 2015

tips menangani bos gatal

haaa
gadis-gadis!! mesti korang pernah terserempak or bekerja dengan bos or majikan yang gatal kan

sepanjang lina hidup dan lina pernah bekerja
ade la gak 3-4kali lina dapat bos gatal
yang nak ajak kahwin pon ade okeyy (jangan bagitau encik Chenta okey,, kang dia rasa tergugat. haha)

okeyyy, lina nak share sikit tips mengikut pengalaman lina
ini cara lina
so far,,berkesan la untuk lina. hihi



tips pertama

korang kena sentiasa ingat 1 benda, maruah adalah lebih berharga dari karier 
(pendapat lina laa..kerja boleh dicari,,maruah tak boleh diganti tau)



tips kedua

elakkan berdua-duaan dengan bos korang, kalau bos ajak pergi lunch ke dinner ke,,tak perlu la korang tolak bulat-bulat. ajak je kawan-kawan 2-3 orang ikut sekali. bos korang pon tak mungkin nak halau kawan-kawan korang tu, maklumlaa dia kan bos mesti nak tunjuk kekayaan dan caring tu.. haha


tips ketiga

bila bos korang kasi hadiah, korang berterima kasih macam biasa. tak perlu nak berterima kasih secara special. cara korang berterima kasih tu..macam korang berterima kasih dengan kawan-kawan korang. tak perlu tanya kenapa dia bagi hadiah tu, ambil je dan buat-buat tak faham sudahlaa. tak perlu nak buat muka terharu berlebih-lebihan,,sebab nanti dia akan guna alasan tu untuk cucuk jarum...ada faham??


tips keempat

make sure korang layan colleague korang sama macam mana korang layan bos. kalau korang jenis cakap ala-ala manja dengan bos, cara yang sama jugak korang cakap dengan colleague dan make sure bos nampak cara korang layan orang lain pon sama je dengan dia. nothing's special.


tips kelima

bila bos korang cuba untuk luahkan perasaan, korang buat-buat tak faham je dan cuba sedaya upaya untuk ubah topik. jangan sesekali bagi peluang. sebab once korang bagi peluang, banyak lagi peluang lain yang dia nak


p/s: korang boleh abaikan je tips yang lina bagi ni kalau cita-cita korang memang nak kahwin dengan bos, ataupon bos korang tu memang suami/boyfriend korang..peace!

Monday, July 6, 2015

lina in different world

just nak cerita pengalaman
and sebenarnye lina banyak entri pasal personal life and history lina sbb lina fikir sangat worth untuk lina ingat bila dah tua nanti
kihkih


bila orang tanya macam mana lina boleh terjebak kenal orang dalam bidang photography, lina tak tahu nak jawab
tapi ni jawapan dia
bidang modelling, photography ni
lina bukanlah type yang sexy, tinggi lampai dan lawa pon..
kiranya bukanlah modelling punya type
but i really love fashion and camera... a lottttt


masa umur lina 18 macam tu
bermula laa detik lina terjebak
masa tu zaman-zaman kegemilangan lagi
masih free hair
badan tak gemok laa macam tapir macam sekarang ni



satu hari seorang lelaki ni approach lina
nak jadikan lina talent untuk agency dia
guess what? lina dapat dua offer photoshoot
dan shoot tu adalah shoot undergarment and night wear
sounds funny kan?
tapi untuk ketinggian yang normal macam lina ni memang sesuai jadi catalog model jela hahaha
tapi lepas bincang punya bincang
lina tolak offer tu dengan cara baik
walaupon umur lina 18 time tu tapi dah boleh berfikir (hehe)
sorry, lina tak pandang serong kepada yang buat shoot undergarment semua ni
just...untuk lina..lina rasa bukan lina kot



start dari situ, lina kenal dengan model-model bawah agency tu
lina start berkawan dengan talent-talent
hang out
borak-borak
dan membawa kepada perkenalan dengan photographers dan owner talent agency lain



second agency
lina buat macam-macam shoot dengan dorang
dari situ lina kenal dengan ramai photographer
which lina fikir dunia dorang ni penuh dengan art yang lina tak penah nak ambil tau pon dulu
dari situ gak lina belajar macam mana nak jalinkan hubungan profesional
means, macam mana nak act cool walaupon kita ni ber-conflict dengan orang yang kerja sekali dengan kita



last agency lina follow
agency yang bagi lina..agak strict
lina pernah kena gantung 6bulan kot sebab langgar contract
huuu
haha..tapi fun actually
lina dapat follow pergi fashion show semua
and believe me
berada kat fashion show adalah sangat-sangat boring dan rushing


believe me 1 benda
dunia yang lina terjebak ni..
penuh dengan fashion, camera flash, make up, fun, art
which i really love
siapa tak suka if kita berkawan dengan orang-orang yang sekepala dengan kita
betul tak


sampai sekarang,,,umur dah nak masok 26
lina still in contact dengan talents, managers and also photographers
lina sendiri tak perasan masa cepat je jalan
dan lina nampak orang-orang yang terjebak dalam dunia ni pon dah banyak yang berubah
berubah jadi better person
ada yang dah jadi retis femes
ada yang dok uma jadi mak-mak
hihi


bila ingat balik memang seronok zaman-zaman remaja ni
hari-hari fikir nak berseronok je
now,,,time to be more boring serious
ahhhh banyak benda nak fikir..
okeyyy tu saje nak share kali ni
(1 hari nanti nak buat talent agency gak,, hari-hari boleh bercakap pasal fashion and makeup. haha)


p/s: zaman sekarang ni ramai yang beli camera besa-besa pastu claim diri sendiri photographer. hati-hati.
ramai yang nak ambil kesempatan zaman sekarang. jangan sebab nak sebok kejar glamour,,maruah diri entah kemana-mana. 

Tuesday, June 30, 2015

memories never fade

tadi sesaje godek2 facebook
komen2, tgk2 post membe2 sambil gelak guling2 baca macam-macam komen 
hahaha

tiba-tiba terbaca post cikgu zaman sekolah dulu
salah seorang cikgu 'legend' kat sekolah dah bersara
tengok pulak gambar-gambar yang di post
gambar cikgu-cikgu yang pernah ajar lina masa kat sekolah dulu
yang pernah rotan, yang pernah denda, yang pernah marah, yang pernah perli

masing-masing...
dah beruban
dah berumur

tak tahu laa kenapa
jadi sebak, tapi still dok senyum sorang-sorang macam kerang busuk
teringat zaman sekolah
zaman yang paling best, paling bebas
paling-paling stress pon pasal penat buat homework je

rindu zaman tu
rindu nak balik zaman tu

teringat pulak dekat parents sendiri
masing-masing dah makin berumur

masa terlampau cepat
zaman sekolah dulu..
sebok sangat nak cepat-cepat abes sekolah
sekarang ni kalau boleh..nak jadi budak sekolah je
tanak matang,, boleh?

memories will last forever


Saturday, June 27, 2015

we call it..true love

dear my one and only hero of my life

you are the very first man that shows me the meaning of true love
you are my first and my last love of my life
thanks for always being here for me
thanks for always supporting me
thanks for always stand before me
thanks for always said that i am the most beautiful and smart
thanks for protecting me all this while
thanks for believing in me
thanks for comforting me
thanks for not trying to hurt me
thanks for all the guidelines that you gave me



dear my hero,

to be true, i will never can live without you
there are no other men can ever beat you
you are my true hero
you are my sunshine
you are the most gentleman ever
thanks for holding my hand
thanks for always play with my hair
thanks for hugging me when i cry
thanks for save the last bite for me

dear papa,
my dad, my hero, my love
i love you
now and forever
just remember.. you are always in that special place,,,my heart 



happy birthday papa
and 
happy father's day


i love you until the end of forever


me n always me~

me n always me~
me luv da camera!!!