MY.LIFE

...

singgah.sini

Tuesday, October 25, 2016

short escape ~Tadom Hill Resort~

25hb october 2016

so sempena birthday adik lina yang ke-19
kitorang 1 family (exclude ajai & papa) decide pegi Tadom Hill Resort
tak bermalam pon, balik hari je..since adik lina keje esoknya

plan asal nak bergerak pukul 8 pagi, tapi biasa la kitorang ni..mane penah bertolak awal pagi
so siap2 semua, pukul 11 pagi baru kitorang bertolak
sampai je kat Tadom Hill Resort dalam pukul 12 lebih sikit 
lambat sikit sampai sebab kitorang tak lalu sepang (terlalu jalan jauh pulak. haha)

okay..sampai2 je kitorang terus park
tempat parking dia luas je & tak jauh pon
so senang la kitorang nak angkut barang2 picnic yang banyak tu
parking memang betul2 depan pintu masuk
(sorry, lupa nak ambil gambar carpark dengan pintu masuk

masuk je kena bayar, RM20 (non-peak season) untuk 1 kepala
then dorang akan pakaikan wrist band
(harga untuk peak season & super peak season mahal sikit rasanya. tapi still tak lebih dari rm30)
tadom hill resort (view dari belakang khemah)


management ada sediakan kawasan picnic free untuk yang datang balik hari
so tak perlu la nak sewa khemah ke chalet ke ape
tapi sebab mama lina tak nak mandi & just nak lepak-lepak je
dan kitorang pon nak tempat yang selesa sikit, so kitorang sewa 1 khemah yang betul menghadap tasik
ni la rupa khemah. tak panas sebab dorang ade buat atap atas khemah tu. best betul tido petang
nampak mama lina tu? tu khemah kitorang, betul2 menghadap tasik. ni pandangan dari belakang khemah
ni khemah yang ada garden view


KHEMAH
kadar sewa harian: RM30 + RM50 (deposit)
kadar sewa bermalam: RM110 + deposit

khemah ada 2 view (garden//tasik)



kadar sewa CHALET bermalam
RM230 + deposit

chalet (berdepan dengan khemah garden view)

selain dari khemah dan chalet
korang boleh jugak sewa
hammock spheres (credit:google)
harga sewa semalaman: not more than RM100 (1pax)
hammock spheres ni korang boleh sewa satu2 or nak sewa 1 tempat ni pon boleh (private)

bamboo hut
harga sewa semalaman: not more than RM100 (1pax)
bamboo hut basically macam dorm la
memang best untuk buat pajamas party
kalau nak buat bachelorette pon best ni
boleh sewa satu2 (share dengan orang lain)
or sewa seluruh bamboo hut (12pax)

lepas je kitorang check-in
perkara pertama, kitorang terus nyanyi lagu birthday untuk adik lina. haha

lepas nyanyi, potong kek, and ambil gambar sikit.. terus kitorang tukar baju
lepas tu terus pergi pilih life jacket
life jacket bersih, tak berbau
ada size
so berapa unik pon saiz badan korang, jangan risau & sedih
ada je size okey

dapat je life jacket yang sesuai, apa lagi tejun laaa!!
dalam tasik tu selain berenang-renang macam duyung
boleh jugak try skill kayuh rakit
tengok dalam tv macam senang je..
sekali masa kitorang main, kayuh2..hanyut tempat lain
fail betul!

haha. susah rupanya kayuh benda alah ni. penat pulak tu
penat main rakit, kitorang pon decide untuk main terjun2
(sorry tak ambil gambar sebab sibuk record skill terjun kitorang. haha)
masa kat bawah, tengok orang terjun kemain best lagi
dalam hati macam memperlekehkan gadis2 yang sebok jerit2 tanak terjun kat atas tu
masa naik tangga, memang angkuh la kekonon benda-benda macam ni celah kuku je
masa jalan atas track nak tejun tu, rasa macam nak pitam. haha
nak patah balik macam rugi..
seminit jugak la lina kat hujung tu
(macam nak tejun dari kapal pirate pulak rasanya)
orang2 kat bawah semua dah bagi kata-kata semangat dah.
last-last lina tejun jugak
dan....rasa memang best!!
nak lagi! haha

selain terjun acah-acah bunuh diri tu
boleh jugak main tarzan swing, tapi lina tak main pon, sebab gemok..malas naik tangga banyak kali
haha

lepas berjam-jam kitorang berendam dalam tasik tu
& after dah kembung telan air tasik
perut kitorang meminta-minta makanan
so kitorang terus balik khemah & disambut mama dengan senyuman mesra & makanan yang dah siap terhidang
TQ mama

untuk yang taknak main tasik,
korang boleh main brick game
credit to owner of the picture
source: google
kat sini boleh main ATV, ade rock climbing, giant dam ular (tadela giant sangat) & giant chess (pon tak giant sangat)

kat sini disediakan kemudahan untuk pre-wedding / post-wedding photoshoot
masa lina pergi ni ada 1 chinese couple buat post-wedding photoshoot kat sini


KEMUDAHAN
ada cafe disediakan kat sini.
tapi..makanan kat sini macam tak banyak choice sangat and mahal sikit
so kalau korang nak datang picnic, bawak jela bekal makanan
baru fefeeling picnic kan
(disebabkan excited nak terjun tasik, tak smpt nak ambil gamba cafe. hehe)

surau pun disediakan
sangat bersih dan selesa
tapi...SILA BAWA TELEKUNG sendiri
telekung memang disediakan, tapi HORROR gila telekung dorang
better bawak sendiri punya
kiri: surau lelaki
kanan: surau perempuan

tandas dia pon okey, so don't worry
lau nak membuang memang berselera je la. haha
credit:google
shower pon disediakan, of course la kan
kalau tak orang kat sini kena mandi dalam tasik tu je
(semua bau tasik je nanti. haha)

shower dia best, bersih dan sangat teratur

bbq port disediakan
tapi kena sewa la
RM 80 untuk guest yang bermalam
dan RM65 untuk guest yang tak bermalam (balik hari)

so far...tempat ni cantik tapi tak banyak aktiviti sangat pon
dalam 2-3 jam dah boleh rasa boring
tapi if nak ambil gambar memang banyak ceruk yg cantik

okey itu je nak cerita

last,
HAPPY BIRTHDAY FARHAN!


Thursday, December 31, 2015

welcome 2016

hello

please be nice with me

goodbye 2015
good bye heart breaker
good bye every bitter moment

*shed tears*
(no!no!no!)

*smile*

new plans coming. 
Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, December 15, 2015

girlfriend saya kahwin oiiii

yuhuuu
patotnye entry ni dibuat bulan lepas,, tapi sumpah busy gile
so malam ni baru la menggedik nak buat entry ni
kenapa kena buat entry ni?
well,,sebagai kenangan of course!

my best girlfriend dah kahwin woohoo


20/11/2015
malam berinai untuk mira, tema malam berinai... kain batik dan t-shirt hitam
ala-ala gadis kampung gitu,
masalahnye, lina tak ada kain batik dan tak pernah ada pon kain batik
so untuk mengelakkan diri terkeluar dari tema, so gigih lina pakai jumpsuit batik dengan cardigan hitam
kire okey la kan? haha
anak-anak dara dan sorang mak budak yang tak boleh nak buat kerja malam tu sebab sume pakat2 nak jaga inai kat tangan. hihi

actually lina tanak menghilangkan ke-virgin-nan tangan lina, kononnye tanak pakai inai sampai la lina jadi bride nanti
tapi~~lina telah dipaksa...dan tanpa rela...
tangan gemok ni kena jugak berinai
so lina pilih la yang paling simple yang boleh! haha

kesayangan

21/11/2015
lina dan beberapa lagi yang lain ditugaskan untuk jadi orang tak bergaji untuk pengantin (bridesmaids) kihkih
so, pepagi lagi kitorang berkumpul dekat hotel n bersiap sekali dengan pengantin perempuan
mira shahidan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz
sah menjadi wife kepada encik kamil
tahniah!!!


yang kelakarnya, kamil ni adalah kawan lina masa sekolah rendah dulu
kecik dunia ni kan? haha



well, lina jugak ditugaskan untuk siapkan candy booth untuk majlis si puan mira ni (formerly known as cik mira, haha)
so, malam tu dengan berhujan bagai gigih la lina pergi dewan semua nak setup apa yang patot
seriously dapat tido 2jam je sebab nak siapkan semuanya..huhu
tu baru candy buffet, agaknya lau suruh lina pasang pelamin, sebulan tak cukup tido kot. hahaha
but, anything for you dear.. (xoxo)

gambar candy buffet yang dah siap tak sempat nak amek! huaaaaa

22/11/2015
pagi-pagi lagi lina dah kena bangun nak pergi hantar barang ke dewan
unfortunately, nama pun lina...confirmla bangun tak berapa pagi, so lina terus siap-siap
then, terus pergi dewan hantar barang dengan pakai dress kenduri bagai
lina sampai dewan around 11 lebih, dah ramai orang masa tu,, 
lina pulak macam orang gila berlari-lari dalam dewan dengan dress bagai nak masokkan barang. haha
settle je susun-susun gegula semua atas meja candy buffet tu, tak sempat nak amek gambar pon, budak-budak kecik dengan pelahapnya berebut gegula semua
aishhh
dunia ni memang kecik. ni kawan lina sekelas masa msu, well, dia wife kepada kawan lina dengan kamil (pengantin lelaki) masa sekolah rendah! haha semua pon ade kena mengena

well, at least wedding mira berjalan lancar
Alhamdulillah
and to my dear mira,
i love you soooo much!
jaga diri, jaga family elok-elok k!
lau kamil jahat, meh aku tumbuk je muke dia! haha


susah betul nak dapat perfect capture! -__-'
congrats sayang! semoga bahagia sampai syurga :)

Saturday, October 24, 2015

lina short vacay ~ LANGKAWI~

last week lina pegi short vacay di LANGKAWI
actually, tak plan pon
tapi si ENCIK CHENTA ni tetiba nak pegi laut katanya


memula tu memang lina agak stress gak la bila adik lina dgn ENCIK CHENTA tu ajak g langkawi
lina macam.... WHAT?? nak pegi beli pinggan mangkuk ke ape?
(typical lina.. ehe!)


tapi dorang yakinkan jugak ada 1 pulau kt langkawi ada tempat untuk snorkeling and diving
i said ''lawa tak tempat tu?? better be!"
ehehe. tapi dalam mengomel-ngomel pon lina ekot gakla budak berdua ni pegi sana
backpackers katanya,,cabaran untuk lina~~ tapi macam biasa.. lina tadela backpackers sangat,,lina still bawak baju 1 almari, hair dryer, iron dan macam-macam lagi. hahaha


masa pergi kitorang naik bas.. (okey, 1st time naik bas pergi langkawi, lina buat-buat happy walaupon tak suke, sbb tamo kaco mood. huuu)
sani express tak salah
RM58++ per head
kitorang bertolak pukul 11malam dan sampai dekat perhentian kuala perlis dalm pukul 6 pagi 
sampai-sampai je nak solat subuh, kitorang tengok la surau..lina agak lega sebab surau kat perhentian bas tu agak selesa
tapi...nak kena amek wuduk dalam toilet sebab surau tu tak ada tempat amek wuduk
and guess what??? toilet dia unisex okey! sbb toilet lelaki rosak, korang boleh bayangkan betapa busuknya toilet tu???? arghhhh


then kitorang naik kereta angkut tu pergi ke jeti. bayaran, RM10
sampai jeti, kat situ banyak gile ulat tiket, aihhh.. tapi kitorang dapat beli tiket feri dari kaunter (since bukan musim cuti so tak adalah kena beratur panjang)
tiket feri RM18 per head
feri kitorang bertolak pukul 8.15pagi 
so sementara tunggu tu,,breakfast la dulu.. hohoho

sampai jeti langkawi kitorang disambut dengan dua ekor gedik ni yang dok ekot apa kita cakap, pastu joget2 supaya orang bagi dia makan, haha comel gila!

sampai kat langkawi.. kitorang terus amek kete sewa. actually ada konflik sikit masa nak amek kete sewa clash dengan jadual snorkeling  (sepatutnya kitorang kena terus g pulau untuk snorkeling pukul 9.45)
jangan tanya sape yang plan benda kelam kabut macam ni lau bukan 2 orang si tapai tu! huh


berubah dari plan asal, kitorang amek kereta sewa dan pergi jalan-jalan dulu (sesat), lunch dan check-in chalet yang kitorang dah memang book dari rumah
ALHAMDULILLAH, finally ada benda yang betul-betul happykan lina, chalet kitorang sangat selesa, murah, cantik dan BERSIH!!
TSTAR COTTAGE
(ade ekon tu penting! haha)
tapi.. dorang tak ada perkhidmatan room service okey, self service je!




lawa gila kan, 1 umah ada 4 separate room, 2 bilik bawah kipas, 2 bilik atas aircond

lina dengan 2 orang si tapai tu sewa 2 bilik atas
setiap bilik tu macam studio house, no worries tak bersambung pon
so tak ada istilah maksiat ke apa okey!

pintu nak masok bilik

kat sini korang boleh berkawan dengan monyet! haha
dari balkoni bilik lina, boleh la nampak balkoni si tapai sebelah ni, nampak tak bilik dia memang asing-asing! 

toilet dia memang seriously style habis, puas hati okey! haha

okey, dah setel check-in semua kitorang terus siap-siap nak pergi mangrove before tu kitorang sempat pergi under water world. ehe (RM33 per head)

sebab dah kesuntukan masa, kitorang sempat cover bat cave, crocodile cave, tasik helang, tempat ternak ikan dan beberapa tempat je. dayang bunting semua tak sempat. huuuu

mangrove.. RM200++ per boat, max 8person (kalau tak salah)

bat cave. RM0.50 per entry. tapi masa ni kitorang dapat masok free je. ehe

masa ni nak pergi ke tasik tempat dorang bagi makan helang, tapi gamba dalam kamera lain, malas nak upload, haha

kat sini korang boleh main usap-usap ikan pari & bagi makan. kat sini ada restoran, so korang boleh makan seafood fresh kat sini

lepas mangrove kitorang balik bilik salin baju and cari makan
memula kitorang makan burger sedap depan petronas dengan air susu thailand RM3.50 je tapi banyak gile!
(sorry, gambar tak ada,again.. ehe)

lepas tu kita cari seafood, kihkih
kitorang pergi makan seafood dekat restoran haji ramli
SEDAP dan MURAH
kitorang makan, sotong 200g + ikan jenahak 600g + telur dadar + kailan ikan masin + tomyam + satay + air buah + macam-macam lagi baru RM100. haha. gembira btol!


esoknya, pagi-pagi lagi kitorang dah bergerak pergi ke jeti
semangat nak pergi pulau
feri bertolak pukul 9.20
perjalanan nak pergi pulau payar tu amek masa dalam sejam macam tu
sampai sana, kena tunggu bot untuk ke pulau payar tempat snorkeling & diving tu

snorkeling package is RM140++ per head, sekali dgn alat-alat snorkeling dan makan tengahari, korang boleh snorkeling selama 5jam tanpa henti okey
kitorang pulak tak bawak baju persalinan langsung masa pergi sana, sebab ingatkan nak naik bot pergi pulau ke pulau, rupanya tak, tempat tu ala-ala pantai tapi agak dalam jugak bila air pasang...& coral dia sangat cantik, ikan pon banyak
(lemas dengan ikan kottt!)
-nasihat lina tak payah bawak pon baju persalinan tu sebab toilet dia busuk dan tak ada air pon, haha!-

briefing before kitorang dilepaskan.huhu

masa gamba-gamba ni di amek,,air tengah surut lagi. so boleh la lagi nak jejalan dalam tu, tengahari lepas air naek.. area tempat kitorang berdiri tu dah dalam  10 meter macam tu
banyak gile shark kan.. actually tak banyak gambar kitorang amek, kitorang banyak amek video, sumpah cantik coral dia
actually kat sini ada jugak baby shark, tapi laju betul dia berenang, usahkan gambar...video pon tak sempat
hahahaha

muke pelik tak sempat senyum
masa naik feri nak balik tu, kitorang dapat duduk kt atas feri bahagian luar, sbb kitorang tak bawak baju spare, basah, so tak mampu nak duduk dalam feri yang ade aircond tu. huuu

sampai jeti, kitorang terus pergi ke airport untuk amek tiket flight (tak lalu nak naik bas nak balik, haha)
lepas tu, kitorang singgah makan (early dinner orang kata) kitorang try roti canai burger. pelik kan? haha
RM10 satu roti canai burger. 
si tapai 2 orang tu makan roti canai burger, so lina order la benda alah ni pulak, ROTI CANAI USA (RM7), dalam dia ada seafood, hotdog dan roti canai ni dibalut dengan telur

malam, kitorang pergi jalan-jalan dekat pasar area pantai cenang tu. ala-ala macam uptown la. naik biru tapak kaki jalan kat situ sebab pasar tu panjang gile. huu. oohh lupa pulak, chalet kitorang tu dekat je dengan pantai cenang (cenang ke chenang? ntahlaa)


esok pagi, si tapai 2 orang tu bangun lambat! urghhhhh! marahnye!!
tapi takpelaa memang kejadian dorang menyakitkan hati gitu nak buat macam mana kan? huu

kitorang breakfast dekat salah satu kedai mamak kecik area chenang tu, terbaik roti canai dengan kari dia.. sumpah sedap!
habis makan, kitorang nak g check-out dan terus ke airport nak check-in luggae dulu..sekali tak boleh~~
*nangis*

so kitorang proceed ke cable car
RM20 per head.. si tapai 2 orang tu amek sekali dengan F1 stimulator so RM30 per head








gile selfie! haha

suka la dorang dapat maen game! huh! lina jugak penat pegang barang dorang sambil amek gambar dorang. huh

lepas tu...aktiviti terakhir mestilah shopping. haha
kemaen lagi mama lina kirim nak beli mangkuk bapak besa.. naseb baik dalam flight ada seat kosong.. so kitorang conquer 6 seat sekaligus. hahahaha

sampai je kat airport kitorang terus merana.. sebab KL jerebu. haha
thank you tapai-tapai berdua... atleast korang tolong lina lupakan thesis untuk sementara waktu
love you both!

october 2015

me n always me~

me n always me~
me luv da camera!!!